Penyanyi nasyid tolak vaksin, hujah saintifik, ulama dikecam


BANGI, Selasa – Masih ada lagi pihak yang menolak hujah saintifik dan kenyataan ulama mengenai kepentingan vaksin.
Terkini seorang artis nasyid, Suhaimi Saad, menerusi tulisan di laman Facebooknya, semalam, yang mengakui bahawa semua anaknya tidak diberi suntukan vaksin kerana beliau sendiri tidak menyukainya.
Dalam masa yang sama, Suhaimi memberitahu bahawa beliau cuma memastikan anak-anaknya menyusu dengan susu ibu selama dua tahun sebagaimana yang ditulis di dalam al-Quran.
Malah, katanya lagi, sekiranya anaknya jatuh sakit, beliau hanya menggunakan air dan memberi minum atau sapu pada tempat sakit.
“Saya dan anak anak tidak makan panadol, ubat klinik atau hospital. Pergi klinik hanya untuk kenalpasti penyakit. Kalau darurat, itu cerita lain tapi alhamdulillah, setakat ni belum pernah. Na’udzu billahi min dzalik

“Saya tidak suka untuk berharap dan merasa cukup dengan selain Allah dan RasulNya. Saya tidak ambil apa-apa insurans betapa rigid dan kunonya saya kan,” tulisnya.
Catitannya itu mengundang kritikan daripada netizen dengan mengatakan bahawa vaksin itu adalah sebagai salah satu usaha pencegahan.
Afiq Kodiron, seorang pengguna Facebook yang memberi komen berkata, tidak memberi anak-anak vaksin bukan suatu kebanggaan.
“Harap Encik Suhaimi Saad boleh tambahkan ilmu lagi. Jangan beri dan sebarkan fahaman yang salah mengenai Islam kepada orang bukan Islam,” katanya.
Manakala seorang netizen berstatus ibu, Arda Syuhada pula berkata, beliau tidak berani mengambil risiko untuk tidak memberi vaksin kepada anak.
“Ye ajal maut Tuhan dah tentukan. Tapi elok la saya vaksinkan anak saya sebagai langkah berjaga-jaga. Saya bukan pro nak cakap vaksin halal ke haram sebab dekat negara kita dah ramai yang pakar, alim ulama yang arif pasal vaksin ni. Saya dah ambil langkah berjaga-jaga, selebihnya saya serah pada Allah,” tulisnya.
Sebelum ini, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menetapkan hukum wajib mengambil vaksin bagi mengelakkan penyakit yang mempunyai risiko kematian.
Beliau berkata, vaksin itu diperlukan supaya tidak memudaratkan individu itu sendiri dan memudaratkan orang lain.
“Kalau yang menentukan hidup mati kita iaitu maknanya darurat maka hukumnya wajib ambil. Tetapi hukumnya harus kalau tidak sampai darurat,” katanya dalam satu kenyatan, semalam.
Mohamad Shukri berkata, golongan antivaksin tidak boleh membuat andaian yang vaksin mengandungi bahan tidak suci atau bahan terlarang.

“Kementerian Kesihatan sudah membuat penyelidikan dan menyiasat bahan-bahan itu. Jadi hukum tak boleh berdasarkan persepsi. Kita kena bagi kepercayaan kepada pihak berwajib,” katanya. - Ismaweb
Penyanyi nasyid tolak vaksin, hujah saintifik, ulama dikecam Penyanyi nasyid tolak vaksin, hujah saintifik, ulama dikecam Reviewed by Me on 19:03 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.