Suaram jawab Muhyiddin: PH tiada beza dengan BN jika kekal Sosma, Poca


Tindakan kerajaan mengekalkan beberapa akta kontroversi, walau berjanji untuk memansuhkannya, dikecam oleh badan hak asasi popular Suaram.

Ia menolak keputusan Putrajaya enggan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma, Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota).
Loading...

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhujah "berlebih-lebih" seumpama kerajaan Barisan Nasional dalam usaha mempertahankan tiga akta tersebut, kata Suaram lagi.

"Tuntutan [badan] masyarakat sivil terhadap perkara ini mudah sahaja. Hapuskan Sosma dan Poca. Berikan tahanan peluang membela diri secara adil di mahkamah sejajar dengan prinsip hak mendapat perbicaraan adil.

"Sekiranya gagal, Pakatan Harapan harus menggugurkan lakonan ini dan mengakui bahawa mereka tiada bezanya dengan Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam ucapan di perhimpunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia hujung minggu lalu, presidennya Muhyiddin berkata kerajaan ingin mengekalkan akta-akta tersebut walau ada kelemahannya.

Tambahnya, keputusan itu dibuat antaranya selepas cadangan jawatankuasa yang mengkaji undang-undang berkenaan yang mahu ia dipinda sahaja bagi mengekalkan keselamatan. - Projek MM
Suaram jawab Muhyiddin: PH tiada beza dengan BN jika kekal Sosma, Poca Suaram jawab Muhyiddin: PH tiada beza dengan BN jika kekal Sosma, Poca Reviewed by Faceless on 23:09 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.