Rasuah RM2 juta: Ku Nan Didapati Bersalah


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersalah atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong, empat tahun lalu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.


Loading...

“Telah dibuktikan bahawa tertuduh (Tengku Adnan) telah menggunakan syarikatnya, Tadmansori Holdings Sdn. Bhd. (THSB) sebagai topeng untuk menutup jenayah yang dilakukan,” jelas hakim itu.

Selain itu, mahkamah juga mendapati tiada bukti menunjukkan duit RM2 juta yang diterima daripada Kin Kong digunakan untuk membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Saya tidak dapat menerima keterangan bahawa tertuduh merupakan satu-satunya individu yang ditugaskan untuk mandapatkan dana bagi pilihan raya kecil tersebut.

“Sehubungan itu, tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan dan disabitkan atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya,” kata Hakim Mohamed Zaini.

Mahkamah kini sedang berhenti antara 30 ke 45 minit bagi membolehkan pihak-pihak menyediakan hujah ringkas membabitkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima untuk dirinya wang RM2 juta itu melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Rasuah RM2 juta: Ku Nan Didapati Bersalah Rasuah RM2 juta:  Ku Nan Didapati Bersalah Reviewed by Me on 18:40 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.