Najib soal k'jaan PH: Dah 4 bulan, kenapa tak buka semula kes bunuh Altantuya, Morais?

Foto oleh NST

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menyoal kenapa kerajaan Pakatan Harapan tidak membuka semula siasatan terhadap kes-kes pembunuhan berprofil tinggi yang dikaitkan dengannya.

Najib pada Oktober tahun lalu telah mengarahkan pembantunya membuat suatu laporan polis menggesa pihak berkuasa membuka semula kes tersebut supaya beliau dapat membersihkan namanya.
Loading...

"Sudah 10 tahun, jentera dan propaganda DAP berkali-kali menuduh saya adalah pembunuh Altantunya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed.

"Semua kertas siasatan dan kuasa agensi-agensi siasatan untuk semua kes pembunuhan ini ada pada tangan Kerajaan PH.

"Oleh itu, saya mahu semua tuduhan-tuduhan pembunuhan terhadap saya disiasat dan diputus supaya kita tahu siapa yang benar-benar berdosa.

"Tetapi setelah lebih dari 4 bulan, kerajaan PH masih tidak membuka semula kes-kes pembunuhan ini," katanya pada suatu hantaran di Facebook hari ini seperti dilapor portal Malaysiakini.

Oleh sebab itu, Najib berharap rakyat Malaysia tidak akan lagi mengaitkan dirinya dengan kes pembunuhan itu yang disifatkannya sebagai fitnah.

"Dengan perkembangan terkini ini, saya harap semua rakyat Malaysia tidak lagi melibatkan nama saya dengan semua kes-kes pembunuhan ini.

"Adalah sangat zalim jika nama seorang difitnah sebagai pembunuh. Apatah lagi jika difitnah berterusan telah membunuh 5 orang?

"Perlu diingati bahawa angkara fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan," katanya.

Najib soal k'jaan PH: Dah 4 bulan, kenapa tak buka semula kes bunuh Altantuya, Morais? Najib soal k'jaan PH: Dah 4 bulan, kenapa tak buka semula kes bunuh Altantuya, Morais? Reviewed by Me on 04:50 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.