Pengendali laman web Papagomo ataupun nama sebenarnya Wan
Muhammad Azri Wan Deris direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu
siasatan kes serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Sabri
Abdullah berkata, permohonan reman terhadap Papagomo telah dibuat di Mahkamah
Majistret Kajang di sini pagi tadi.
Loading...
“Permohonan reman terhadap Papagomo dibenarkan selama tiga
hari bermula hari ini hingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes tersebut.
“Seorang lagi individu berusia 39 tahun dibebaskan dengan
jaminan polis setelah kenyataannya diambil,” katanya pada sidang akhbar di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini, lapor Kosmo Online.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes
tersebut boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kes, Asisten
Superintendan Radzee Jamudi di talian 019-6655 811 atau mana-mana balai polis
berhampiran.
Kosmo! Online semalam melaporkan Papagomo, 36, ditahan di
Wangsa Maju pada pukul 3 petang bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen
147/323 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangkan kecederaan dengan
sengaja.
Dalam kejadian pada pukul 10.45 pagi itu, Ahli Parlimen Muar
tersebut didakwa diserang oleh sekumpulan penyokong pembangkang semasa hari
penamaan calon Pilihan Raya Kecil Semenyih pada sabtu lalu.
Papagomo direman tiga hari
Reviewed by Me
on
00:54
Rating:
No comments: