Kelana Ventures Sdn Bhd (KVSB) mengakui terlibat dalam
perjanjian pertukaran tanah pangkalan tentera udara di Kinrara, Puchong dengan
Kementerian Pertahanan.
Namun, syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
menafikan perjanjian itu berunsur politik dan mengakibatkan kementerian
tersebut kerugian RM258 juta, lapor The Edge Financial Daily.
Loading...
KVSB juga menyifatkan laporan berkenaan sebagai “salah dan
mengelirukan” dan “tidak mencerminkan sifat sebenar perjanjian antara KVSB
dengan kementerian pertahanan”.
Katanya, nilai tanahnya RM500 juta tetapi jumlah itu tidak
termasuk premium pertukaran penggunaan untuk kediaman atau komersil serta
syarat lain yang mungkin dikenakan.
KVSB juga belum menandatangani perjanjian dengan kementerian
untuk pertukaran tanah untuk membina tiga kemudahan tentera yang keseluruhannya
bernilai RM499.9 juta.
Perjanjian pertukaran tanah seluas 101.81 ekar (41.2 hektar)
dengan KVSB yang menerima diskaun 34 peratus sebelum ini dilapor sebagai
berunsur politik.
Khamis lalu, pegawai khas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu
mengadu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung
pertukaran dua tanah pangkalan tentera.
Mohd Nasaie Ismail mendakwa wujud campur tangan politik
ketika pentadbiran Barisan Nasional melibatkan pembangunan dua kem tentera di
Paloh, Johor dan Hutan Melintang, Perak.
Mohamad sebelum ini mendedahkan siasatan 16 pertukaran tanah
bernilai RM4.9 bilion yang mengakibatkan kementerian hilang sekurang-kurangnya
RM500 juta secara tidak langsung. - Malay Mail
Syarikat Syed Mokhtar akui tukar tanah kem tentera, nafi unsur politik
Reviewed by Faceless
on
22:08
Rating:
No comments: