Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian
kerajaan untuk meneruskan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) tetapi
dengan syarat jika kos ideal dapat dipersetujui oleh Malaysia dan China.
Semasa wawancara bersama South China Morning Post
(SCMP) apabila ditanyakan wartawan
sekiranya beliau sudah mempunyai harga baru ECRL dalam fikirannya, Dr Mahathir
berkata: "Ya, ada. Tetapi saya tidak dapat mendedahkannya kepada anda.
"
Loading...
Perdana menteri dipetik SCMP berkata demikian di Manila,
Filipina pada hari Khamis lalu, lapor Malaysiakini.
Bulan lepas, Mahathir berkata kerajaan sedang berunding
untuk mendapatkan harga yang lebih baik lagi dan projek itu hanya akan
diteruskan jika kedua-dua negara bersetuju dengan kos baru itu.
Projek ECRL bernilai RM81 bilion telah diluluskan kabinet
pada bulan Oktober 2016.
Pembinaan itu akan dikendalikan oleh China Communication
Construction Company Ltd (CCCC), manakala pembiayaan pula akan disediakan oleh
Bank Eksport-Import China (Exim Bank of China) .
Kerajaan telah membayar faedah RM200 juta kepada kontraktor
utama ECRL Communications Construction Company (CCCC). Pembayaran faedah itu
pula berdasarkan pinjaman sebanyak RM55 bilion dari Exim Bank.
Mahathir juga berkata Putrajaya mempertimbangkan meneruskan
rancangan projek ECRL itu selepas memikirkan kerajaan perlu membayar pampasan
besar jika dibatalkan dan perlu memberi lampu hijau kepada projek itu pada
harga yang dikurangkan.
"Nah, kerana kami tahu bahawa kontrak tidak boleh
ditamatkan secara unilateral. Anda perlu membayar pampasan.
"Pampasan boleh jadi sangat besar. Antara perlu
membayar pampasan jika anda berhenti dan meneruskan jika harga dikurangkan,
akan menjadi sesuatu yang akan kami pertimbangkan untuk melihat keputusan mana
yang paling baik. "
Pada hari Ahad, Mahathir berkata perbincangan dengan
kontraktor mendedahkan bahawa projek itu boleh dilaksanakan dengan kos RM35
bilion, jauh lebih rendah daripada harga asal RM55 bilion yang dipersetujui
sebelum ini.
"Ia boleh dilaksanakan dengan kos RM35 bilion, tetapi
kenapa kontraknya berjumlah RM55 bilion? Mungkin supaya membolehkan seseorang
untuk mencuri wang itu," katanya.
Harga baru ECRL sudah ada dalam fikiran Dr M
Reviewed by Faceless
on
20:08
Rating:
No comments: