Saya tidak menipu & tidak melakukan kesalahan jenayah ketika ditemubual – Md Rayhan Kabir


Md Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia semalam berkata saya tidak menipu mahupun melakukan kesalahan jenayah sewaktu ditemubual Al Jazeera berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia baru-baru ini.
Memetik laporan Sinar Harian daripada akhbar The Daily Star di Bangladesh, di dalam program terbitan stesen televisyen antarabangsa berkenaan, dia memberitahu hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap PATI.

Loading...
Lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun itu
“Saya hanya mahu maruah negara dan migran seperti saya terjamin. Saya yakin semua pendatang dan Bangladesh akan bersama saya dalam isu ini,” katanya seperti memetik laporan Sinar harian.
Susulan penangkapan lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun itu oleh Jabatan Imigresen Malaysia semalam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Indera Khairul Dzaimee Bin Daud menyatakan dia akan diusir keluar dari negara ini dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.
loading...
Terdahulu, Md Rayhan menjadi orang yang dikehendaki selepas muncul dalam satu dokumentari terbitan saluran berita antarabangsa Al-Jazeera yang bertajuk “Locked Up In Malaysia Lockdown”.
Dia didakwa memberikan kenyataan yang tidak tepat dalam dokumentari tersebut mengenai cara Malaysia melayan pendatang asing tanpa izin ketika pandemik Covid-19.
Dokumentari itu menimbulkan rasa tidak puas hati netizen terhadap Al-Jazeera malah, kerajaan Malaysia juga turut kesal dengan tindakan menyiarkan video tersebut serta info-info yang didakwa tidak tepat.
Sumber: Sinar Harian
Saya tidak menipu & tidak melakukan kesalahan jenayah ketika ditemubual – Md Rayhan Kabir Saya tidak menipu & tidak melakukan kesalahan jenayah ketika ditemubual – Md Rayhan Kabir Reviewed by Me on 22:46 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.