Logikkah Perdana Menteri boleh dibeli dengan RM42 juta, soal Nazifuddin Najib


Nazifuddin Najib mengulas pertuduhan pecah amanah dan salah laku kuasa yang dikenakan terhadap bapanya Datuk Seri Najib Tun Razak. – Foto Free Malaysia Today

Anak bekas perdana menteri, Nazifuddin Najib mendakwa negara mempraktikkan pendakwaan berat sebelah seperti sebelum ini, kecuali rakyatnya berbeza, tetapi secara kebetulan di bawah perdana menteri yang sama.

Nazifuddin dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu tulisan di Facebook miliknya.

Najib didakwa pada Rabu kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai pegawai kerajaan untuk menerima rasuah RM42 juta sebagai dorongan untuk memberi jaminan kerajaan Malaysia bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP kepada SRC International Sdn Bhd .

Najib juga menghadapi tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dalam kapasitinya sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat SRC International dan minta dibicarakan.

Nazifuddin menyebut berkenaan serbuan terancang, lori polis di rumah bapanya dan sidang akhbar berlebihan yang dilihatnya bertujuan mewujudkan kemarahan orang awam sebelum pendakwaan dilakukan.
“Bukankah ia prosedur am untuk tidak berkongsi butiran semasa siasatan sedang dijalankan. Atau adakah ia dibuat semata-mata untuk mengaibkan lagi ayah saya?

“Saya terfikir, logikkah jika seorang perdana menteri Malaysia boleh dibeli dengan hanya RM42 juta? Sekadar itu sahajakah nilai integritinya?

“Jika setiap kes pecah amanah, salah guna kuasa mahupun rasuah boleh dikaitkan dengan seorang PM, maka beliau dan kesemua mantan PM sebelum ini haruslah bertanggungjawab terhadap semua kerugian yang dialami sepanjang kepimpinan mereka,” katanya.

Nazifuddin berkata pendakwaan bapanya juga dipimpin oleh peguam negara yang dipilih oleh kerajaan sekarang, walaupun ia ditentang oleh banyak pihak dan ini jelas menunjukkan politik balas dendam.

“Kami sebagai sebuah negara yang melaungkan demokrasi sememangnya tidak matang dari segi politik, masih mengamalkan politik penuh dengan dendam.

“Saya mengatakan perkara ini bukan untuk meraih simpati tetapi untuk menyatakan sesuatu yang benar untuk semua orang lihat dan fahami: Sekiranya penderitaan seorang bekas pemimpin yang telah dituduh itu dapat membahagiakan rakyat Malaysia yang dikasihi, maka beliau sanggup menghadapi penderitaan itu.

“Dia adalah ayah saya, dan saya tahu orang Malaysia mengenali beliau jenis orang yang macam mana.

“Jika selama 42 tahun beliau berkhidmat dalam kerajaan sebagai seorang penjahat, atau niatnya untuk mencuri wang rakyat semata-mata, saya tidak fikir beliau dapat dilantik sebagai perdana menteri Malaysia pada tahun-tahun yang lalu,” jelasnya. – Majalah Review Malaysia 
Logikkah Perdana Menteri boleh dibeli dengan RM42 juta, soal Nazifuddin Najib Logikkah Perdana Menteri boleh dibeli dengan RM42 juta, soal Nazifuddin Najib Reviewed by Me on 20:10 Rating: 5

1 comment:

  1. Politic of wealth without work....where your billion wealths come from if not from corruption

    ReplyDelete

Loading...
loading...
Powered by Blogger.