Leonardo DiCaprio dilapor beri keterangan 'secara rahsia' kes 1MDB


Bintang Hollywood Leonardo DiCaprio membuat penampilan rahsia di hadapan hakim Washington DC untuk memberi keterangan dalam kes 1MDB.

Loading...

Washington Post, yang memetik sumber yang rapat dengan perkembangan itu, berkata keterangan Dicaprio dibuat "baru-baru ini" bagi membantu siasatan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) berhubung skandal berbilion dolar itu.
Pendakwaan menganggap DIcaprio sebagai saksi yang dapat memberikan pandangan berguna tentang pembiaya Malaysia yang didakwa menyeleweng dan menggubah berbilion dolar daripada dana pelaburan itu dan kemudian membiayai kempen melobi untuk menamatkan penyiasatan," kata laporan itu.


Pembiaya Malaysia yang terlibat ialah Low Taek Jho, yang pada November lalu didakwa di AS dengan pertuduhan menggubah wang dan mencuri.
Laporan itu menambah bahawa DiCaprio merupakan saksi dan bukannya subjek penyiasatan.
Turut dinyatakan bahawa tidak jelas bagaimana pihak berkuasa membawa DiCaprio ke mahkamah tanpa disedari atau maklumat yang telah dimaklumkannya kepada hakim.
Jelas laporan itu, jurucakap DiCaprio dan DOJ enggan mengulas
DiCaprio merupakan salah seorang selebriti yang secara tidak sengaja terlibat dalam skandal 1MDB melalui Jho Low.
DOJ mendakwa Jho Low membawa DiCaprio berjudi di Las Vegas dan membayar bilnya. Jho Low juga dikatakan menghadiahi pelakon itu beberapa lukisan dan mendapatkan dana untuk filem lakonannya, The Wolf of Wall Street.
Model Miranda Kerr turut terheret dalam skandal itu selepas Jho Low menghadiahkan barang kemas bernilai jutaan dolar. - Malaysiakini
Leonardo DiCaprio dilapor beri keterangan 'secara rahsia' kes 1MDB Leonardo DiCaprio dilapor beri keterangan 'secara rahsia' kes 1MDB Reviewed by Me on 20:38 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.