Majlis Tahnik: Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Dikompaun RM10,000


Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana didapati telah melanggar prosedur operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika majlis tahnik anak keduanya pada 26 April lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, tiga orang anak Datuk K juga dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.


Loading...

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika sidang media melalui Google Meet hari ini.

Menerusi sidang media, beliau juga mengatakan bahawa kes disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 selepas satu laporan mengenai majlis tersebut diterima.

Selain Siti Nurhaliza dan Datuk K, turut dikompaun adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal dengan jumlah sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Sumber: Sinar Harian

Majlis Tahnik: Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Dikompaun RM10,000 Majlis Tahnik: Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Dikompaun RM10,000 Reviewed by Me on 00:51 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.