Kerajaan Australia menyuarakan rasa tidak senang dengan
kritikan Dr Mahathir Mohamad terhadap cadangan mereka memindahkan kedutaan dari
Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.
Mengulasnya, menteri kewangan Australia Josh Frydenberg
mengingatkan Mahathir memang mempunyai reputasi berkaitan pendirian dalam isu
berkaitan Palestin dan Israel.
Loading...
“Dia kata orang Yahudi hidung besar. Dia persoal jumlah
orang yang terbunuh dalam peristiwa Holocaust,” kata Frydenberg dalam wawancara
radio, seperti dilaporkan Reuters.
Mahathir yang dikenali pejuang tegar isu rakyat Palestin
dalam Sidang Kemuncak Asean di Singapura menyamakan cadangan Astralia itu
seperti menambahkan lagi penyebab keganasan.
Perdana Menteri Ausralia Scott Morrison mengakui Mahathir
membangkitkan perkara itu padanya tetapi menegaskan dasar luar mereka tidak
akan ditentukan negara luar.
Malaysia dan Australia pernah berdepan hubungan tegang lebih
dua dekad lalu.
Dua puluh lima tahun lalu, perdana menteri Australia ketika
itu Paul Keating menyifatkan Mahathir keras kepala ‘recalcitrant’ kerana
memboikot forum ekonomi Asia Pasifik (Apec) 1993.
Mahathir ketika itu menjadi perdana menteri buat kali
pertama. - malaysianreview
Australia tak puas hati Mahathir kritik pindah kedutaan ke Baitulmaqdis
Reviewed by Me
on
05:07
Rating:
No comments: