Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini enggan memasuki
kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semasa pengurusan kes bagi 25
pertuduhan jenayah yang dihadapinya berkaitan 1MDB.
Anggota Parlimen Pekan itu dilihat duduk di kerusi di
sebelah kandang tertuduh dan terus berbuat demikian walaupun diminta berpindah
secara sopan oleh seorang pegawai polis bertugas atas arahan pihak pendakwaan.
Loading...
Memetik Malaysiakini, ketika dihubungi selepas prosiding itu, Timbalan Pendakwa
Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu pemberita bahawa Najib sepatutnya memasuki
kandang itu memandangkan beliau adalah tertuduh, tetapi bersikap
"degil".
"Pada mulanya saya tidak menyedari bahawa dia (Najib)
tidak duduk dalam kandang tertuduh, ketika saya menghadap hakim, tetapi (ketua
pendakwa raya) Gopal Sri Ram melihat ketika dia berpaling dan memberitahu saya
mengenainya.
"Jadi saya beritahu pegawai polis yang bertugas untuk
meminta kepadanya (Najib) masuk ke dalam kandang, dan saya fikir dia telah
mematuhi perintah pegawai polis itu. Hanya apabila prosiding itu hampir
selesai, saya perasan bahawa dia masih tidak berbuat demikian," Kata
Akram.
Katanya, polis boleh mengambil tindakan untuk memaksa Najib
memasuki kandang berkenaan, tetapi atas budi bicara mereka memutuskan untuk
tidak menimbulkan kekecohan kerana prosiding itu berlangsung dalam tempoh yang
singkat.
Najib enggan masuk kandang tertuduh walaupun diminta
Reviewed by Me
on
03:17
Rating:
No comments: