JULAU, 10 Nov — Seorang lelaki tempatan yang menjadi punca
berlaku kekecohan semasa pemilihan PKR bagi Cabang Julau di Kompleks Sukan
Julau, di sini hari ini, berkata beliau hanya menunaikan tugas yang diamanahkan
kepadanya oleh ibu pejabat parti itu.
Loading...
Wong Hong Yu, yang merupakan calon bagi jawatan timbalan
pengerusi cabang berkenaan, berkata beliau didatangi beberapa lelaki yang
menegur perbuatannya menyemak kesahihan keanggotaan dan identiti pengundi di
pusat pengundian itu.
“Saya hanya menyemak kesahihan keanggotaan pengundi apabila
beberapa lelaki berbaju hitam mempersoalkan apa yang saya lakukan itu.
“Mereka bertanya siapa saya dan saya bertanya balik siapa
mereka. Mereka memberitahu saya mereka dari Ibu Pejabat dan saya kata saya dari
Julau,” katanya kepada pemberita dan menambah bahawa kumpulan lelaki berkenaan
menghalaunya dengan memberi alasan tiada sebab baginya untuk berada di situ.
Wong juga berkata beliau dituduh mengubah senarai calon bagi
mengelirukan pemilih, tetapi menafikan perkara itu.
Menurut Wong, apabila beliau memaklumkan kejadian itu kepada
anggota polis, beliau diberitahu bahawa pihak polis tidak boleh berbuat apa-apa
kerana urusan keselamatan di pusat pemilihan berkenaan dikendalikan petugas
keselamatan parti itu.
Wong bertanding menentang Arim Bandok bagi jawatan timbalan
pengerusi cabang itu.
Penyandang jawatan pengerusi, Semana Sawang, ditentang oleh
Larry Sng. — Bernama
Pemilihan PKR: Kecoh di Julau akibat salah sangka
Reviewed by Me
on
05:36
Rating:

No comments: