Foto The Star
LANGKAWI, 25 Nov ― Budaya mensabotaj pelaksanaan dasar-dasar
kerajaan masih wujud dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam, namun
jumlahnya sudah berkurangan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau masih
bercakap mengenai isu itu kerana ‘kerja pembersihan’ di dalam jabatan dan
agensi kerajaan tidak boleh dibuat dalam jangka masa yang singkat.
Loading...
“Masih ada pegawai yang tidak komited...misalnya berlaku ada
kakitangan empat bulan tidak dibayar gaji sedangkan ia boleh dilakukan, saya
tidak faham kenapa.
“ ..kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya dalam
sesi soal jawab di Majlis Perjumpaan Pegawai Kanan Kerajaan bersama Perdana
Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di sini, malam tadi.
Beliau berkata perkara berkaitan sabotaj itu juga sering
dibangkitkannya dengan tujuan sebagai peringatan supaya semua jentera kerajaan
tidak melakukan perkara yang salah, sebaliknya menjalankan tanggungjawab,mereka
dengan amanah.
Mahathir berkata kakitangan awam juga harus bertoleransi
dengan pegawai-pegawai khas lantikan politik yang kurang arif dalam pentadbiran
dan sebaiknya mengelakkan sebarang perbalahan.
“Orang baharu ni kena belajar, kalau tak ada langsung sabar,
tak dapat bekerjasama, sebab tu kita kena tolak ansur sedikit sebanyak,” katanya.
Beliau berkata semua pihak perlu belajar untuk menghadapi
kekurangan bukan dengan kemarahan, tapi membetulkan apa yang salah dengan baik.
Katanya dunia mengiktiraf pemerintahan Malaysia sudah pulih
dengan baik walaupun tidak seperti dahulu.
“Mereka perhati dan tanya apa nak buat... Perdana Menteri
Pakistan datang nak tanya kita sedikit sebanyak yang dah berjaya dapat
laksanakan tugas kita.
“Kerosakan pemerintah terdahulu sangat dahsyat hingga kita
pun hairan, tapi kini kita dapat pulihkan pentadbiran negara walaupun belum
lagi capai tahap yang memuaskan,” katanya. ― Bernama
PM hairan penjawat awam masih tertunggak gaji empat bulan
Reviewed by Me
on
19:18
Rating:

No comments: