Foto Reuters
PORT MORSEBY (Papua New Guinea), 18 Nov ― Malaysia akan
terus memperjuangkan perdagangan bebas yang adil bagi melindungi kepentingan
negara-negara membangun, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata tidak menghairankan apabila negara-negara
maju mahu “perdagangan bebas” atau “dunia globalisasi” diteruskan kerana idea
tersebut datang daripada mereka sendiri dan dipengaruhi oleh syarikat
multinasional yang memiliki banyak produk.
Loading...
“Kalau kita nak masuk dalam bidang pembuatan, kita perlu melindungi
industri kita. Kalau kita tidak dapat melindunginya, kita tidak akan mungkin
bersaing dengan negara maju.
“Tetapi memanglah negara maju tidak mahu supaya kita tidak
dapat bersaing dengan mereka. Itulah pendapat yang berbeza kerana idea
'perdagangan bebas' ini datang daripada mereka dan memang pun dibentuk untuk
keperluan mereka,” katanya kepada media Malaysia di sini malam tadi.
Realitinya, Dr Mahathir berkata kebanyakan syarikat dari
negara-negara maju ingin mendapatkan pasaran yang lebih luas termasuk di
negara-negara yang kurang maju.
Negara-negara membangun pula terhad kepada pengeluaran bahan
mentah untuk dieksport tetapi walau banyak mana sekalipun tidak akan memajukan
negara seperti Arab Saudi yang dapat mengeluarkan 11 juta tong minyak mentah
sehari.
“Kita dapati negara yang kecil dan tidak membangun berasa
takut untuk menyuarakan pandangan kerana takut dilakukan apa-apa kepada mereka.
“Kita juga takut, tetapi kalau kita tidak bersuara orang
lain tidak bersuara. Maka negara maju dapat membuat apa sahaja sampai kita akan
jadi miskin,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, semua industri baharu seperti kenderaan
bermotor dan peralatan dapur perlu dilindungi.
“Semua ini jika kita mahu memasuki pasaran sekarang kita
perlu melindungi diri kita. Jika tidak, kita tidak akan dapat bersaing dengan
mereka. Mereka menjadi amat besar. Mereka mempunyai ekonomi skala besar
manakala industri baharu tidak boleh mempunyai ekonomi skala besar.”
Dr Mahathir mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat
Pemimpin Ekonomi Apec (AELM) ke-26 di sini dari 17-18 November. ― Bernama
PM: Kalau kita takut, negara maju buat apa sahaja sampai kita miskin
Reviewed by Me
on
17:53
Rating:
No comments: