Rakyat menyesal Dr Mahathir gagal tunai janji, kata Tengku Razaleigh

Tengku Razaleigh dan Tun Dr Mahathir. – Foto Minaq Jinggo

Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata, pemimpin kerajaan Pakatan Harapan belum dapat menyesuaikan diri sebagai kerajaan yang memerintah di mana ada sesetengah pemimpinnya beranggapan mereka masih ‘orang baharu’ dan berlagak sebagai pembangkang walaupun hakikatnya mereka adalah pemerintah dan berjawatan menteri.

Loading...
“Begitu juga kita sendiri (UMNO) pun nak sesuaikan diri sebagai pembangkang masih lagi janggal,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu seperti dilapor NSTP.

Tengku Razaleigh yang juga pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkata, keadaan itu juga jelas apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui tidak dapat menunaikan semua janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14).

 “Kalau nak hapuskan tol, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan turun harga minyak amat sukar untuk kerajaan PH berbuat demikian.

“Kita mengakui setengah daripada rakyat menyesal termasuk pelajar universiti hingga mereka bertindak berarak ke Parlimen membuat bantahan terhadap perkara itu.

“Ada kalangan mereka marah seolah kena tipu kerana mereka berharap golongan yang berpendapatan sampai RM4,000, baru kena bayar pinjaman itu. Sekarang ini, kerajaan tetapkan gaji minumun RM1,050 pun sudah kena bayar,” tambahnya.
Rakyat menyesal Dr Mahathir gagal tunai janji, kata Tengku Razaleigh Rakyat menyesal Dr Mahathir gagal tunai janji, kata Tengku Razaleigh Reviewed by Me on 17:50 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.