Foto Bernama
SEPANG: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A.
Vigneswaran menafikan beliau melanggar protokol keselamatan semasa menggunakan
laluan VIP di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Ia merupakan publisiti murahan oleh Loke. Saya cuba
hubungi beliau untuk menjelaskan perkara itu.
"Jika saya melakukan jenayah, mengapa saya tidak
dihalang atau ditahan," katanya kepada The Star.
Loading...
Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meminta Vigneswaran
memohon maaf kerana melanggar protokol keselamatan dan melanggar kod pakaian
semasa menggunakan laluan VIP di KLIA.
ARTIKEL BERKAITAN: Vigneswaran diminta mohon maaf, didakwa
langgar protokol keselamatan di laluan VIP KLIA
Kejadian berlaku pada 14 November lalu pada pukul 10.14
malam ketika presiden MIC itu diminta berhenti oleh pegawai yang ditempatkan di
laluan VIP kerana tidak mematuhi kod pakaian.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang
dikeluarkan oleh pihak berkuasa, Vigneswaran tidak berhenti dan meneruskan
turun ke bawah di bahagian lobi VIP.
Loke berkata, Vigneswaran bukan sahaja tidak mematuhi kod
pakaian tetapi beliau juga menceroboh kawasan keselamatan tanpa melalui
pemeriksaan keselamatan yang betul.
Vigneswaran berkata, ia merupakan kali pertama anaknya
menaiki penerbangan ke United Kingdom.
Jelasnya, beliau memakai sandal kerana mempunyai luka kecil
di kaki dan menambah bahawa beliau tidak menggunakan mana-mana bilik VIP dan
terus menghantar anak perempuannya ke pintu berlepas.
Vigneswaran juga menafikan bersikap biadab terhadap
kakitangan lapangan terbang, dengan mengatakan bahawa beliau hanya meminta
supaya menunjukkan pekeliling mengenai VIP tidak dibenarkan memakai sandal.
"Sebenarnya saya hanya mahu melihat pekeliling
berkenaan. Pekeliling itu menyatakan bahawa kita harus memakai pakaian yang
sesuai.
"Mereka sepatutnya menghalang saya sekiranya saya
melakukan sebarang kesalahan," katanya.
Vigneswaran, yang merupakan presiden MIC memberitahu Loke
supaya berhenti bersikap seperti anggota pembangkang dan isu tersebut boleh
diselesaikan sekiranya mereka berkomunikasi antara satu sama lain. - mStar Online
Vigneswaran nafi langgar protokol keselamatan KLIA
Reviewed by Me
on
05:26
Rating:
No comments: