Roger Ng setuju kembalikan RM120 juta wang 1MDB


Bekas eksekutif bank Goldman Sachs, Roger Ng dan keluarganya bersetuju untuk menyerahkan kira-kira S$40 juta (RM120.7 juta) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak berkuasa Singapura.

Bloomberg melaporkan, Roger Ng kakitangan Goldman Sachs di Asia Tenggara yang ditahan minggu lalu di Singapura atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat, akan memulangkan dana yang dibekukan di republik itu.

Terdahulu pada September lalu, mahkamah di Singapura mengarahkan supaya sejumlah S$15.3 juta (RM46.075 juta) yang dikaitkan dengan 1MDB dan SRC International dipulangkan kepada Malaysia.

Loading...
Ng dilapor Bloomberg turut mencabar perintah ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) yang mana beliau akan berhadapan pertuduhan jenayah berhubung skandal 1MDB.

Ng dituduh tanpa kehadirannya di mahkamah AS minggu lalu, bersama rakan bekas eksekutif Goldman, Tim Leissner [gambar, atas] dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Dalam pertuduhan berkenaan menyebut, Jho Low dan dan Ng bersubahat mengubah berbilion dolar wang yang diselewengkan daripada 1MDB dan berkonspirasi untuk melanggar Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (FCPA) dengan membayar rasuah kepada pihak berkuasa Malaysia dan Abu Dhabi.
Roger Ng setuju kembalikan RM120 juta wang 1MDB Roger Ng setuju kembalikan RM120 juta wang 1MDB Reviewed by Me on 04:27 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.