KANGAR, 9 Okt — Mahkamah Sesyen Kangar hari ini mengeluarkan
waran tangkap terhadap bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Shahidan Kassim kerana gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan dipercayai kes
mencabul seorang gadis bawah umur baru-baru ini.
Waran itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Johari Abu
Hassan susulan permohonan timbalan pendakwa raya Mohd Nordin Ismail.
Bagaimanapun peguam yang mewakili Shahidan, Syed Muhamad
Anwar Syed Lokman Hakim membantah pengeluaran waran itu kerana anak guamnya dan
beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenainya lebih awal.
Loading...
“Saya hanya mendapat tahu pengeluaran waran ini semasa
berada di mahkamah pagi ini sedangkan anak guam saya berada di luar kawasan,”
katanya.
Beliau berkata pihaknya akan memohon semula kepada mahkamah
untuk membatalkan waran tangkap tersebut.
“Kes berprofil tinggi seperti ini perlulah dimaklumkan lebih
awal apatah lagi melibatkan ahli politik. Shahidan tidak lari ke mana-manapun
kerana beliau menetap di Perlis. Waran tangkap hanya dikeluarkan jika beliau
melarikan diri,” katanya.
Berdasarkan status yang dimuat naik Shahidan, anggota
parlimen Arau sedang berada di Tanah
Suci Mekah kerana menunaikan ibadat umrah.
Baru-baru ini tular dakwaan Shahidan mencabul seorang gadis
berusia 15 tahun 11 bulan yang merupakan ahli kumpulan buskers yang ditaja oleh
beliau.
Shahidan bagaimanapun menafikan perbuatan itu yang didakwa
berlaku pada 21 Oktober lepas, malah laporan polis terhadapnya oleh remaja itu
telah ditarik balik.
Bapa remaja itu turut menyatakan bahawa perkara itu telah
diselesaikan secara baik dan keluarga mereka anggap tidak ada apa yang perlu
dihebohkan. — Bernama
Shahidan tak hadir bicara kes cabul, mahkamah keluar waran tangkap
Reviewed by Me
on
23:39
Rating:

No comments: