Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan kepada usaha
menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum
Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu, kata Pengerusi Majlis
Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
Beliau berkata, apa yang berlaku pada masa lalu adalah
sejarah dan pentadbiran baharu perlu berhenti menyalahkan kerajaan sebelum ini
yang memerintah selama 61 tahun.
“Enam bulan sudah cukup. Kini, kerajaan perlu memberi
tumpuan kepada menunaikan janji. Rakyat tahu apa yang berlaku dan itulah
sebabnya mereka mengundi untuk menyingkirkan kerajaan terdahulu. Oleh itu,
adalah penting bagi mereka untuk tidak mengulangi kepimpinan (kesilapan) yang
sama,” katanya kepada pemberita di Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018 di
Kuala Lumpur, hari ini.
Loading...
Daim berkata, kerajaan harus berusaha untuk memulihkan
keyakinan di kalangan pelabur untuk menarik mereka kembali ke negara ini.
Beliau berkata, 9 Mei menyediakan peluang keemasan kepada
Malaysia di mana setiap orang secara bersama menentang kleptokrasi dan berjuang
untuk kebebasan bersuara, keadilan untuk semua, ketelusan dan akauntabiliti.
Daim menggesa rakyat Malaysia memberi sedikit masa kepada
kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya,
yang bekerja keras untuk mereformasi ekonomi, yang merupakan perkara paling
penting untuk dilakukan sekarang.
“Orang ramai tidak sabar, mereka mengundi untuk perubahan
dan mahu melihat keputusan dengan segera. Janji telah dibuat tetapi apabila
kerajaan mengambil alih, tiba-tiba mendapati bahawa perbendaharaan itu kosong.
“Bagaimana mereka akan memenuhi janji-janji itu? Jadi ia
akan mengambil masa,” katanya.
Ahli perniagaan kelahiran Kedah, ahli politik dan bekas
Menteri Kewangan yang bersara 20 tahun yang lalu itu ketika diminta mengulas
mengenai Belanjawan 2019, beliau berkata, ia sejajar dengan perjalanan Malaysia
baharu. – Bernama
Daim: Sabar beri Dr Mahathir masa, janji dibuat tapi perbendaharaan kosong
Reviewed by Me
on
23:37
Rating:

No comments: