PUTRAJAYA — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
hari ini mengadakan satu pertemuan tertutup dengan menteri dan timbalan menteri
Melayu di sini bagi mengingatkan mereka tentang sejarah negara.
Ditanya mengenai pertemuan kira-kira dua jam di Yayasan
Kepimpinan Perdana di sini itu, Dr Mahathir berkata : “Saya kena memberitahu sejarah negara kita
supaya semua faham asal usul kita. Dengan itu, kita tidak akan lakukan
perkara-perkara tidak baik yang mungkin pernah berlaku.”
Antara yang hadir pada pertemuan itu termasuk Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Difahamkan pertemuan itu turut membincangkan Belanjawan 2019
dan isu berkaitan agenda Bumiputera.
Turut ditanya isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa
Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ketika ditemui
pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Poh Kong Gold Note of Hope di
sini, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu melakukan pelbagai pertimbangan
sebelum mengambil sebarang keputusan.
Loading...
“Yang itu kita kena timbang kerana ada peruntukan-peruntukan
yang tidak sesuai dengan negara kita,” katanya.
“Yang itu kita kena timbang kerana ada peruntukan-peruntukan
yang tidak sesuai dengan negara kita,” katanya.
Ditanya sama ada Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Dewan
Rakyat pada 4 November lepas akan disemak semula, Dr Mahathir berkata kerajaan
akan membentangkan belanjawan tambahan selepas ia dilaksanakan nanti.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa beberapa pakar ekonomi yang mencadangkan
Belanjawan 2019 disemak semula untuk membantu masyarakat luar bandar. — Bernama
Tun M ingatkan menteri, timbalan menteri Melayu tentang sejarah negara
Reviewed by Me
on
05:15
Rating:
No comments: