Pemilihan, perebutan jawatan Naib Presiden PKR antara Azmin
Ali dan Rafizi Ramli dilihat sebagai perpecahan PKR. – Foto The Star
oleh Shahbudin Husin
Siapa akan menang dalam pertandingan antara Azmin Ali dengan
Rafizi Ramli?
Ini adalah soalan yang paling banyak ditanyakan di mana-mana
apabila memperkatakan tentang pertandingan jawatan timbalan presiden yang bakal
berlaku dalam PKR yang pengundiannya akan berlangsung bulan depan.
Sesetengah pihak merasakan Azmin akan menang dalam
persaingan tersebut berdasarkan kedudukannya dalam kerajaan serta rekod
cemerlangnua sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini.
Meskipun Azmin dilihat belum berkempen sebagaimana kem namun
Rafizi diketahui sudah bergerak ke beberapa negeri dan mencetuskan kontroversi,
mereka percaya Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ada kelebihan dalam mengekalkan
jawatannya.
Sesetengah pihak yang lain pula penuh yakin Rafizi mampu
membuat kejutan dan menumbangkan Azmin kali ini.
Pihak yang menyebelahi Rafizi ini meluahkan keyakinan itu
berdasarkan bakat menonjol yang diperlihatkan Rafizi selama ini, selain percaya
bekas Ahli Parlimen Pandan itu memang merupakan pilihan Anwar Ibrahim yang
sudah pun menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR.
Kata mereka, Rafizi tidak akan bertanding menentang Azmin
jika tidak mendapat sokongan penuh daripada Anwar.
Anwar pula, kata mereka, tidak mungkin akan membiarkan
Rafizi yang bertanding dengan kebebasan menggunakan isu berkaitan dirinya
sebagai bakal Perdana Menteri yang dikatakan mungkin dihalang menuju jawatan
itu oleh Azmin, berakhir dengan kekalahan begitu saja.
Lebih-lebih lagi, selain Nurul Izzah iaitu anak Anwar
sendiri berada dalam kem Rafizi dan Saifuddin Nasution selaku Setiausaha Agung
PKR pula begitu kuat berkempen dengan menjual nama Anwar sebagai mahukan orang
seperti Rafizi sebagai pemimpin nombor dua dalam parti itu, jika Azmin terus
menang ia tentu saja sesuatu yang akan memalukan nama Anwar akhirnya.
Untuk itu, tambah mereka, walaupun Anwar dilihat berkecuali
dan pernah mengatakan kedua-dua calon itu adalah daripada penyokong kuatnya,
beliau dikatakan pasti akan berusaha untuk memastikan kemenangan kepada Rafizi
berbanding benar-benar tidak memihak kepada sesiapa yang akhirnya akan
menyebabkan Azmin dapat mengekalkan jawatannya.
Anwar yang sedang dalam pendakian untuk kali kedua menuju
jawatan Perdana Menteri juga dikatakan tentu lebih mahu laluannya menjadi
lancar atau tidak terganggu, apa lagi menyesal jika akhirnya nanti terbukti
bahawa Azmin benar-benar merupakan penghalangnya kepada jawatan Perdana Menteri
itu.
Isu Anwar sebagai bakal pengganti Tun Mahathir yang
digunakan dengan meluas oleh kem Rafizi diyakini banyak pihak akan berjaya
mempengaruhi ahli-ahli PKR untuk memihak kepada bekas Ahli Parlimen Pandan
kerana mereka memang sudah sekian lama mahukan Anwar berjaya memegang jawatan
tersebut dalam perjuangan kariernya.
Jika itu yang lebih mungkin akan berlaku dan berterusan
dalam hari-hari seterusnya, ternampak bahawa peluang Rafizi kelihatan lebih
cerah berbanding Azmin.
Maka, apa akan jadi kepada Azmin jika beliau kecundang
kepada Rafizi?
Adakah Azmin akan terus kekal berada dalam kabinet sebagai
menteri atau PKR akan mencadangkan namanya digugurkan berikutan kedudukannya
bukan lagi dalam hireaki parti serta untuk memastikan laluan Anwar tidak
terhalang lagi?
Atau mungkinkah, dengan kekalahan itu akan membuka laluan
untuk Azmin menyertai Bersatu bersama PM Tun Mahathir dan Muhyiddin?
Azmin masuk Bersatu selepas kalah kepada Rafizi?
Reviewed by Faceless
on
23:51
Rating:
No comments: