Abdullah Sani pertahan tuduhan Anwar dihalang jadi PM



Wakil rakyat PKR terus mempertahankan pandangannya ada usaha menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim walau memohon maaf pada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya memohon maaf kepada Tun, saya minta maaf kerana kita kena hormat kepada orang tua kita, dan ia menjadi tradisi,” kata Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid kepada Malay Mail.

“[Namun] saya mempertahan apa yang saya cakap dulu, apa yang saya dakwa, setakat ini tiada yang berkata dakwaan itu tidak benar.”

Ahli parlimen Kapar beberapa minggu lalu dilaporkan mendakwa Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, terlibat menghalang tokoh PKR mengambil alih kuasa sebagai perdana menteri.

Minggu lepas, Abdullah Sani memohon maaf kepada perdana menteri tetapi dalam nada sama berharap tuduhannya itu “tidak benar”.

Semalam Dr Mahathir menegaskan akan menyerah jawatannya kepada Anwar seperti dipersetujui Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum lalu.

Beliau dilaporkan akur beliau akan menjadi perdana menteri sementara untuk tempoh yang pernah disebutnya itu dua tahun atau separuh penggal.

Dalam wawancara yang sama, Abdullah Sani juga berkata beliau “ada bukti” cakap-cakap beberapa individu yang membayangkan hasrat mereka untuk menghalang Anwar.

“Daim sendiri berkata bodoh untuk melantik Anwar sebagai perdana menteri, dan beliau [Anwar] harus menunggu,” katanya lagi, dengan menambah beliau akan mendedahkan bukti jika diperlukan.

Abdullah Sani mengulas kenyataan Daim yang menyebut “bodoh” untuk menukar perdana menteri sekarang dan peralihan kuasa pada pertengahan penggal kerajaan baru Pakatan Harapan.
Abdullah Sani pertahan tuduhan Anwar dihalang jadi PM Abdullah Sani pertahan tuduhan Anwar dihalang jadi PM Reviewed by Faceless on 21:07 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.