Husam Musa angkat sumpah sebagai Senator


KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran.


Husam yang dipilih oleh kerajaan Persekutuan sepatutnya mengangkat sumpah minggu lepas tetapi ditunda kerana menunaikan haji.

Isnin lepas, seramai 12 orang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara antaranya Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR, Ismail Yusop, Anggota Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying dan bekas Anggota Parlimen Balik Pulau PKR, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff.

Sementara itu, Vigneswaran turut berpesan kepada senator baharu yang dilantik agar melaksanakan proses demokrasi berlandaskan sifat keperibadian tinggi dengan pemikiran terbuka serta rasional. - Bernama
Husam Musa angkat sumpah sebagai Senator Husam Musa angkat sumpah sebagai Senator Reviewed by Faceless on 22:00 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.