Presiden PKR Anwar Ibrahim bersetuju dengan penilaian Dr
Mahathir Mohamad terhadap bekas perdana menteri Najib Razak sebagai 'pemimpin
paling teruk'.
Anwar berkata Malaysia tidak pernah mempunyai perdana
menteri seteruk Najib.
Loading...
"Kalau ikut dari segi kerugian dan cara pengurusan
serta peribadi dan keluarga memang tidak ada dalam sejarah perdana menteri yang
perilakunya seperti itu.
"Jadi Mahathir tepat dalam kupasan dia," katanya
ketika ditemui pemberita di Kampung Sagga di Rantau, Negeri Sembilan hari ini.
Dalam wawancara eksklusif bersama New Straits Times yang
disiarkan hari ini, Dr Mahathir ditanya berkenaan kerjasamanya dengan Anwar
walaupun dulu pernah menyifatkannya sebagai 'tidak layak menjadi pemimpin'.
Beliau berkata kerjasama itu perlu bagi menghalang Najib
daripada terus mentadbir negara.
"Benar, saya ada mengatakannya. Tetapi antara Najib dan
Anwar, saya fikir Najib pemimpin lebih teruk berbanding Anwar. Najib
seburuk-buruk pemimpin (the worst leader)," kata Mahathir.
Mahathir juga berkata Anwar dapat mengetuai Pakatan Harapan
(PH) dan telah menunjukkan kualiti kepimpinannya dalam gabungan itu serta
sebagai arkitek Pakatan Rakyat sebelum ini.
Mengulas perkara itu, Anwar menyatakan terima kasih kepada
Mahathir atas keyakinan yang ditunjukkan kepadanya.
"Saya baca temuramah beliau dan ucap terima kasih
keyakinan yang ditunjukkan kepada saya dan saya hargainya," katanya lagi.
'Najib pemimpin paling teruk': Anwar setuju dengan Dr Mahathir
Reviewed by Faceless
on
17:17
Rating:
No comments: