Mohd Nor lancar manifesto lima perkara


Calon bebas, bagi Rantau Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Kecil, Mohd Nor Yassin hari ini melancarkan manifestoya dengan lima perkara menjadi perjuangan utama bagi penduduk di Rantau.

Kandungan manifestonya adalah membangun bersama Islam, kebajikan rakyat diutamakan, suara rakyat suara saya, membangun insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta perpaduan kaum yang lebih utama.

Loading...
Calon berusia 67 tahun itu memberitahu misi beliau bertanding adalah untuk meneruskan agenda perjuangan bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mengangkat kepimpinan Islam.

"Kalah pun tak jadi masalah, tetapi kebenaran perlu diserlahkan di Rantau," katanya kepada pemberita selepas melancarkan manifestonya di Kampung Sega Hilir, Rantau hari ini.



PRK Rantau yang akan diadakan pada 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan, calon Pakatan Harapan, Dr S Streram dan dua calon bebas iaitu bekas pensyarah Mohd Nor dan suri rumah R. Malarvizhi.

Ia berikutan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen yang difailkan Mohamad yang juga penanam DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Pilihanraya Mahkamah Seremban pada 16 Nov tahun lalu, yang mengumumkan kemenangannya bagi kerusi itu pada 14 Mei lalu dan tidak sah. - Bernama
Mohd Nor lancar manifesto lima perkara Mohd Nor lancar manifesto lima perkara Reviewed by Faceless on 17:39 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.