Pilihan Raya Umum (PRU) tergempar adalah langkah penyelesaian terbaik terutama dalam meredakan isu-isu politik ketika ini terutamanya berhubung perbezaan jumlah ahli parlimen antara kerajaan dan pembangkang, kata Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid.
Loading...
“Saya sebagai ahli parlimen Padang Terap juga memberi sokongan yang penuh kepada Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sebagai perdana menteri,” katanya kepada pemberita di Kuala Nerang hari ini.
loading...
Mahdzir turut menyokong kenyataan rakan sejawatnya dalam Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini dilaporkan mencadang agar parlimen dibubar bagi membolehkan PRU-15 diadakan segera.
Dalam satu temubual dengan akhbar tempatan Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, pilihan raya adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara dengan memulangkan semula kepada rakyat untuk membuat keputusan. - Bernama
P'raya umum tergempar jalan terbaik selesai isu politik - Mahdzir
Reviewed by Me
on
07:47
Rating:
No comments: