Foto The Straits Times
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diminta bertenang daripada perebutan jawatan Perdana Menteri, sebaliknya digesa membantu kerajaan untuk memulihkan ekonomi.
Loading...
Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri, Datuk Razali Idris berkata seluruh rakyat sudah menerima baik dan menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri.
Jelasnya, kewibawaan dan ketokohan Muhyiddin dalam menangani pandemik COVID-19, bukan sahaja dihargai rakyat, sebaliknya turut dikagumi pemimpin luar negara.
loading...
"Sepatutnya, Dr Mahathir dan Anwar memberi sokongan serta ruang kepada Muhyiddin untuk terus menerajui negara, terutamanya menangani penularan wabak COVID-19.
"Perjanjian jawatan dalam politik tidak pernah muktamad dan isu jawatan nombor satu negara antara Dr Mahathir serta Anwar bukannya kali pertama didengari," katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan pemulihan kepada penggiat industri pelancongan Tasik Kenyir, di sini, hari ini.
Razali yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berkata demikian sebagai mengulas keputusan mesyuarat khas majlis pimpinan pusat (MPP) PKR yang memutuskan mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Yang turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat dan Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, Zalani Endut.
Razali yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Senator Malaysia (MSM) menjelaskan, Dr Mahathir serta Anwar sepatutnya memberi peluang sebaiknya dan tidak merosakkan landasan dibina, terutama selepas Muhyiddin berjaya membuktikan berjaya mengekang pandemik COVID-19. - BH Online
Dr Mahathir, Anwar diminta bertenang, bantu Muhyiddin pulih ekonomi
Reviewed by Me
on
17:34
Rating:
No comments: