Mahkamah Tinggi dalam kes rasuah bekas menteri wilayah
persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memutuskan bahawa tidak
terdapat bukti bahawa UMNO telah menerima RM2 juta dari Aset Kayamas Sdn Bhd.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut berpendapat bahawa RM2 juta
itu dimanfaat oleh tertuduh (Tengku Adnan) dan ini diterima tanpa pertimbangan
yang berharga.
Loading...
"RM2 juta itu yang diberikan oleh pihak kedua (Aset
Kayamas) dibayar kepada Tadmansori Holdings Sdn Bhd, dan pergerakan wang itu
berakhir di situ. Tidak terdapat hubungan yang bayaran itu dibuat kepada UMNO
daripada akaunTadmansori Holdings," kata hakim.
Hakim itu berkata resit saja tidak menjadi bukti yang UMNO
telah menerima RM2 juta itu dari Aset Kayamas.
loading...
"Hakikat bahawa resit itu ditandatangani oleh tertuduh
sendiri tidak terlepas daripada pemerhatian saya. Saya telah juga menganalisis
dan mempertimbang testimoni Tan Sri Chai Kin Kong (pengarah urusan Aset Kayamas
dan saksi pendakwaan ke-19) dan pegawai penyiasat Muhammad Saad Bordani (saksi
pendakwaan ke-23). - Bernama
Hakim: Tiada bukti Umno terima RM2 juta dari Aset Kayamas
Reviewed by Me
on
02:04
Rating:

No comments: