Majlis Peguam menggesa polis agar tidak melanjutkan
penahanan mereka yang disyakit memiliki kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil
Eelam (LTTE) secara tidak perlu, mengikut Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Akta itu membenarkan penahanan tanpa bicara selama 28 hari.
Loading...
Dengan merujuk laporan media, Presiden Majlis Peguam Abdul
Fareed Abdul Ghafoor membangkitkan bagaimana polis melakukan operasi pemantauan
terhadap suspek sebelum menahan mereka.
"Ini bermakna polis dianggap memiliki bukti terhadap
penglibatan mereka dalam kegiatan yang mengancam keselamatan negara,"
katanya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, polis perlu mempercepat siasatan agar selari dengan
prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang.
"Dakwa mereka (suspek) di mahkamah jika ada cukup bukti
untuk berbuat demikian, dan tidak menahan mereka untuk tempoh penuh 28 hari
bawah Sosma secara tidak perlu," katanya lagi.
loading...
Abdul Fareed juga membangkitkan penyalahgunaan Sosma pada
masa lalu dalam kes bekas pemimpin Umno Khairuddin Abu Hassan, peguam Mathias
Chang dan Anggota Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah.
"Dalam kes Maria, dia dibebaskan selepas penahanan
tanpa sebarang dakwaan dikenakan terhadapnya.
'Manakala dalam kes Khairuddin dan Matthias, pihak
pendakwaan kemudian menggugurkan dakwaan terhadap mereka," katanya lagi.
Maria ditahan pada 18 November 2016 - ketika itu sebagai
pengerusi Bersih - pada malam himpunan Bersih 5. Beliau ditahan selama sepuluh
hari.
Beliau kemudian memfailkan saman terhadap kerajaan kerana
mendakwa penahanannya itu tidak sah. Kerajaan setuju untuk membayar ganti rugi
RM25,000 dan kos RM5,000.
Khairuddin dan Chang pula ditahan selepas membuat sejumlah
laporan terhadap skandal 1MDB.
Dalam siasatan berkaitan LTTE, Unit Anti Keganasan Bukit
Aman telah menahan 12 individu termasuk dua adun DAP, P Gunasekaran and G
Saminathan. - Malaysiakini
Majlis Peguam: Pantauan polis boleh dapatkan bukti kaitan suspek dengan LTTE
Reviewed by Me
on
02:08
Rating:

No comments: