Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penangkapan sejumlah
individu, termasuk wakil rakyat DAP yang disyaki ada kaitan dengan Harimau
Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Perdana menteri berkata beliau berpuas hati penjelasan polis
terhadap penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012
(Sosma) yang dipertikaikan pemimpin DAP Ramasamy.
Loading...
“Ya, keadaan berbeza. Kita bukan nak tangkap orang
sewenang-wenangnya.
"Ini ada sebab, saya ada dapat penjelasan daripada
polis tentang sebab-sebab mereka mengambil tindakan dan saya puas hati dengan
sebab-sebab itu.
“Kalau Ramasamy tak puas hati, tak apalah, dia katalah dia
tak puas hati tapi hakikatnya benda ini berlaku, dan ada sebabnya ia berlaku,”
katanya kepada pemberita.
Beliau diminta mengulas mengenai ketidakpuasan hati
Ramasamy, timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, terhadap kenyataannya sebelum
ini yang mempertahankan tindakan tersebut sebagai bertentangan dengan
perjuangan PH.
loading...
Beliau berkata demikian selepas merasmikan International
Medical Device Conference 2019 (IMDC 2019) dan Malaysia Medical Device Expo
2019 (MyMEDEX2019) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec),
Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Ramasamy berkata tindakan Mahathir mempertahankan
tindakan tersebut sebagai pahit untuk ditelan kerana beliau sendiri pernah
mengkritik Sosma yang menahan penyokong tegarnya Khairuddin Abu Hassan dan
pegawainya Matthias Chang.
Sosma memboleh suspek ditahan tanpa bicara selama 28 hari.
Setakat ini, 12 Individu ditahan termasuk dua adun DAP, yang
masih dalam siasatan pihak polis. - Malaysiakini
PM: ‘Kalau Ramasamy tak puas hati tak apalah, tapi ada sebabnya’
Reviewed by Faceless
on
23:47
Rating:

No comments: