Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg membayangkan
akan tiba masanya penduduk Sabah tidak akan dikenakan sebarang syarat untuk
memasuki Sarawak.
Beliau berkata pada masa kini pun tidak ada masalah untuk
penduduk di kedua-dua negeri keluar masuk Sabah dan Sarawak selain tiada
bayaran dikenakan.
Loading...
"Ada beberapa aspek yang perlu kita lihat dan
sebenarnya untuk Sabah dan Sarawak tiada masalah mengenai perkara itu.
"Namun ada beberapa faktor yang perlu difahami dan
diambil kira, termasuk faktor geopolitik," katanya kepada pemberita
selepas majlis makan malam anjuran kerajaan negeri untuk meraikan beliau dan
rombongan, yang sedang melakukan lawatan dua hari ke Sabah, malam tadi.
Pada masa kini penduduk Sabah menggunakan Pas Lawatan Sosial
atau pasport untuk memasuki Sarawak.
Sementara itu, mengulas mengenai lawatannya bersama
rombongan ke Sabah, Abang Johari berkata ia bertujuan memperkukuhkan lagi
hubungan setia kawan antara kedua-dua negeri.
loading...
"Terima kasih dengan sambutan meriah yang diberikan
khususnya daripada Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal kepada kami dan banyak
perkara yang kita boleh lakukan dengan adanya hubungan baik seperti ini,”
katanya.
Beliau berkata antara yang boleh dilaksanakan termasuk
mempertingkatkan lagi pembangunan dan jaringan perhubungan yang seterusnya
melonjakkan lagi industri pelancongan kedua-dua pihak,
"Sudah tentunya Sarawak akan memainkan peranan dalam
rangka kerjasama dengan Sabah, Brunei dan Indonesia… kerana saya yakin dan
penuh percaya bahawa ini akan beri manfaat kepada kita semua khususnya kepada
Malaysia kerana wilayah Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada negara
ini," katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata lawatan balas daripada
Ketua Menteri Sarawak adalah satu langkah yang cukup baik dalam usaha
memperkuatkan hubungan untuk membina sebuah negara Malaysia.
"Banyak perkara yang kita boleh lakukan demi generasi
akan datang.
"Sabah dan Sarawak mempunyai persamaan dari segi budaya,
adat resam serta agama dan ia sudah tentu menjadi kebanggaan kita kerana
walaupun kita hidup dalam kepelbagaian namun kita sentiada hidup aman dan
damai," katanya.
- Bernama
Penduduk Sabah mungkin tak dikenakan syarat masuk S'wak - Abang Jo
Reviewed by Faceless
on
23:53
Rating:

No comments: