Kementerian Kewangan merujuk kepada isu pembayaran wang
ihsan dan wang pendahuluan kepada kerajaan negeri Kelantan, yang kini digunakan
oleh parti pembangkang untuk menanam sentimen kebencian terhadap pemimpin
kerajaan persekutuan.
Sebelum ini, pembayaran wang ehsan diberikan secara tahunan
kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sebuah entiti kerajaan
persekutuan secara 50:50.
Loading...
Selepas peralihan kuasa pada 9 Mei tahun lalu, Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk membuat bayaran wang
ehsan bahagian 50 peratus tersebut, bukan kepada entiti kerajaan persekutuan,
tetapi terus kepada kerajaan negeri Kelantan.
Maka buat pertama kalinya mulai tahun 2019, kerajaan
persekutuan telah menyalurkan bayaran wang ehsan kepada kerajaan negeri
Kelantan dengan bayaran terkini pada bulan September 2019.
Bayaran wang ehsan juga telah diawalkan kepada bulan
September 2019, sedangkan pembayaran dijadualkan pada Januari 2020.
Perlu ditegaskan bayaran wang ehsan dan perkara perihal
petroleum dan Petronas bukanlah di bawah bidang kuasa menteri kewangan tetapi
di bawah perdana menteri.
Menteri kewangan hanya menurut arahan yang dikeluarkan oleh
perdana menteri.
loading...
Adalah dikesali pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menimbulkan
kebencian dan memainkan sentimen dengan melontarkan fitnah bahawa saya cuba
menghalang pembayaran dilakukan, walaupun hakikatnya pembayaran dibuat atas
arahan perdana menteri.
Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan telah mengesahkan
bayaran wang ehsan kepada negeri Kelantan telahpun disalurkan kepada kerajaan
negeri sebanyak RM15.75 juta pada 18 September lalu. Supaya mengelakkan
terperangkap dalam kemelut perundangan, kerajaan persekutuan telah membuat
bayaran dalam bentuk wang ehsan kepada kerajaan negeri Kelantan.
Namun perkiraannya adalah berasaskan 5 peratus daripada
hasil petroleum bagi menentukan bayaran tersebut kepada kerajaan negeri
Kelantan.
Sukar difahami bagaimana kerajaan negeri Kelantan hari ini
menganggap pihak yang sebelum ini tidak menyalurkan bayaran wang ehsan kepada
kerajaan negeri Kelantan sebagai rakan setia, tetapi kerajaan persekutuan yang
menyalurkan bayaran wang ehsan secara langsung kepada kerajaan negeri dianggap
sebagai musuh ketat.
Kementerian kewangan ingin menegaskan bahawa komitmen untuk
membantu kerajaan negeri Kelantan telah dilaksanakan sungguhpun berhadapan
pelbagai cemuhan dan fitnah.
Di samping itu, kerajaan persekutuan terus komited untuk
membantu negeri-negeri yang menghadapi masalah kewangan.
Dalam surat tanggal 12 September lalu, pegawai kewangan
negeri Kelantan telah memohon sekali lagi untuk bantuan kerajaan persekutuan
dalam bentuk wang pendahuluan, untuk memenuhi obligasi perbelanjaan operasinya
termasuk membayar gaji dan emolumen anggota pentadbiran kerajaan negeri.
Sehubungan itu, saya telah meluluskan permohonan pendahuluan
sebanyak RM100 juta pada 14 Oktober lalu, untuk membantu kerajaan negeri
Kelantan membiayai perbelanjaannya termasuk pembayaran gaji anggota
pentadbirannya sehingga hujung tahun 2019.
Wang pendahuluan RM100 juta bukan kali pertama kerajaan
negeri Kelantan membuat permohonan kepada kerajaan persekutuan yang baharu
untuk membantu bayar gaji warga perkhidmatan kerajaan negeri.
Pada tahun 2018, permohonan wang pendahuluan sebanyak RM91.5
juta untuk membayar perbelanjaan operasinya termasuk gaji anggota kerajaan
negeri Kelantan juga telah diluluskan.
Adalah diharapkan dengan adanya wang ehsan dan pendahuluan
ini dapat membantu kerajaan negeri Kelantan mengukuhkan kedudukan kewangan
negeri dan seterusnya meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat negeri Kelantan.
LIM GUAN ENG adalah menteri kewangan. Surat ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi
kami.
Surat terbuka Menteri Kewangan jelaskan isu wang ihsan kepada k’jaan Kelantan
Reviewed by Faceless
on
06:26
Rating:

No comments: