Hantaran Facebook yang dikatakan menghina Islam menggunakan
imej khinzir tersebar di laman sosial. (Gambar Facebook)
Polis semalam menahan seorang ejen pelancongan kerana disyaki menghina agama Islam di laman sosial, Isnin lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir
Mohammed berkata suspek tersebut ditahan setelah menyerah diri di Ibu Pejabat
Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Loading...
“Tangkapan dilakukan susulan lapan laporan polis yang
dilakukan ke atas pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘KT Vasagam’,”
katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.
Katanya lelaki tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lampau
dan polis akan mendapatkan perintah reman ke atas lelaki terbabit hari ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan,” katanya.
Lelaki terbabit dikatakan memuat naik gambar khinzir dengan
cop halal dalam tulisan jawi di laman Facebook, Isnin lalu.
loading...
Dalam kes berasingan, Huzir berkata pihaknya akan
bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan seorang
juruteknik yang disyaki menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di akaun Twitter.
Huzir berkata pemilik Twitter yang menggunakan nama Naavin
Pillai itu sekarang dikesan berada di luar negara.
“Pihak polis berjaya mendapatkan maklumat dan latar belakang
lelaki terbabit dan ahli keluarganya hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta beberapa jabatan lain.
“Dia berusia 38 tahun dan berasal dari Lembah Klang serta
pernah bekerja sebagai juruteknik sebelum meninggalkan negara. Kami akan minta
bantuan daripada Interpol sekiranya dia masih di luar negara dan akan mengambil
tindakan di mana sahaja dia berada,” katanya lagi.
Selain membuat ciapan yang berbentuk penghinaan terhadap
Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara, individu itu juga dikatakan telah
membalas ciapan Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung isu
pengganas dengan mengeluarkan kenyataan jelek dalam bahasa Inggeris. — Bernama
Polis tahan ejen pelancongan hina Islam, ada rekod jenayah
Reviewed by Faceless
on
06:29
Rating:

No comments: