Ramasamy berkata, kehadirannya untuk memberi keterangan
kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 berhubung siasatan satu artikel
bertajuk ‘Kerajaan Baharu Tapi Polis Pada Takuk Lama - Ramasamy’ yang disiarkan
sebuah portal.
“Pada 9 Oktober lalu, saya menerima panggilan daripada Unit
D5 Bukit Aman menyatakan bahawa polis perlu ambil keterangan saya berhubung
laporan polis dibuat terhadap saya.
Loading...
“Tarikh ditetapkan dan dipersetujui adalah pada 10 pagi 21
Oktober ini di Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 17 September lalu, Ramasamy dilaporkan berkata, beliau
melahirkan rasa terkilan dan terkejut dengan insiden berbalas tembakan antara
polis dan tiga perompak lelaki berbangsa India dari Batu Caves hingga ke Batu
Arang yang berlaku 14 September lalu.
Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Prai juga
tertanya-tanya dengan insiden itu sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.
loading...
Kenyataan Ramasamy di Facebooknya disiarkan portal berita
Malaysia Gazette.
Terdahulu, dalam kejadian jam 5 pagi, polis menembak mati
tiga penjenayah dipercayai aktif melakukan samun pecah rumah, di Kilometer 22,
Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor. - Harian Metro
P Ramasamy ke Bukit Aman Isnin depan
Reviewed by Faceless
on
02:26
Rating:

No comments: