Mahkamah Tinggi di Kualal Lumpur hari ini diberitahu
perubahan kuasa membuat keputusan daripada kerajaan persekutuan kepada perdana
menteri dalam Memorandum dan Artikel (M&A) Pertubuhan 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) dicadangkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau
Jho Low, seperti yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral
Ibrahim Halmi berkata Jho Low mencadangkan untuk memasukkan Artikel 117 dalam
M&A 1MDB.
Loading...
Saksi berusia 49 tahun itu berkata, pindaan itu juga
dilakukan atas nasihat antaranya, peguam dari Wong and Partners.
“Bagi pindaan itu, konteks menggantikan ‘kerajaan
persekutuan’ dalam Artikel 9(a) dengan ‘perdana menteri’ dalam Artikel 117
datang daripada Jho Low. Ini apa yang Najib kehendaki untuk menjadikannya
jelas,” kata Shahrol Azral.
Saksi kesembilan itu berkata demikian semasa disoal balas
peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pada perbicaraan hari ke-24 kes
bekas perdana menteri melibatkan dana 1MDB.
Muhammad Shafee: Peguam yang kendalikan adalah Brian Chia?
loading...
Shahrol Azral: Ya.
Apabila ditanya sama ada beliau mengetahui sama ada ia
adalah keinginan Najib, Shahrol Azral menjawab: "Selepas itu, saya tidak
pernah bertanya kepada Datuk Seri Najib”.
Menjawab soalan Muhammad Shafee, saksi itu berkata ada
perkara yang memerlukan tiga kelulusan Najib -- sebagai Perdana Menteri,
Menteri Kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat (BOA).
“Masalahnya ialah lelaki yang sama (Najib) memakai tiga
topi,” kata Shahrol Azral.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah
bersambung, dengan timbalan pendakwa raya dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan
Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pihak pendakwaan.
- Bernama
Masalahnya Najib pakai tiga topi, kata bekas CEO 1MDB
Reviewed by Faceless
on
02:30
Rating:

No comments: