Bekas perdana menteri Najib Razak dijangka hadir memberi
keterangan di Bukit Aman, hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes
kenyataan berbaur fitnah yang dimuat naik di laman sosial Facebook ‘Nga Kor
Ming Super Fans Page’.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed
ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.
Loading...
Beliau berkata Najib dijangka tiba di Bukit Aman pada
sekitar 9 pagi ini.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming sebelum ini dilapor
menggesa polis menyiasat laman sosial Facebook 'Najib Razak' yang memuat naik
hantaran didakwa berbaur fitnah pada 30 September lepas.
Najib menerusi perkongsian di Facebook menggesa kerajaan
Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan terhadap Nga berhubung satu kenyataan
didakwa berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,
yang dimuat naik melalui satu hantaran di akaun Facebook.
loading...
Pada 29 September lepas, tular di media sosial mengenai
hantaran yang dimuat naik di Facebook ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ yang
didakwa mengajak kaum Cina membuat protes terhadap Sultan Selangor berhubung
keputusan tidak membenarkan penggunaan tanda jalan dwi bahasa di Selangor.
Nga bagaimanapun menafikan beliau dan DAP terlibat dalam
membuat hantaran itu dan menegaskan akaun itu sebagai akaun palsu yang menyamar
mewakili dirinya serta parti itu. - Bernama
Najib dijangka beri keterangan di Bukit Aman pagi ini
Reviewed by Faceless
on
19:08
Rating:

No comments: