Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa
dilaporkan ‘berasap’ semasa diwawancara dalam rancangan Hardtalk di BBC.
Diasak oleh pengacara Zeinab Badawi, Mujahid cuba
menyampaikan hujahnya bahawa pentadbiran Pakatan Harapan menyokong Islam
sebagai kuasa progresif.
Loading...
Walau bagaimanapun, menteri yang bertanggungjawab terhadap
porfolio agama Islam itu “panas” apabila ditanya mengenai kenyataannya pada Mac
lalu yang menyifatkan penceramah kontroversial Dr Zakir Naik sebagai satu
"inspirasi".
Mujahid juga diasak mengenai rusuhan kuil Seafield dan
catatan berbaur perkauman di media sosial, layanan Putrajaya kepada komuniti
kecil pengikut Syiah di negara ini serta tindakan mahkamah ke atas NGO, Sisters
in Islam.
Ditanya sama ada agama menjadi halangan utama terhadap
integrasi nasional, di negara ini, Mujahid tidak bersetuju dan berkata
"agama harus menjadi faktor utama pertumbuhan dan kemakmuran negara."
loading...
Zeinab kemudian memetik kenyataan tokoh akademik Lee Hwok
Aun sebagai berkata bahawa rakyat Malaysia tidak mempunyai peluang untuk
membangun persahabatan antara etnik kerana sekolah kurang kepelbagaian.
Dia merujuk manipulasi politik yang menyebabkan ketegangan
etnik dan tidak mempunyai pengetahuan agama, khususnya di kalangan umat Islam
(mengenai agama lain).
Mujahid dalam jawapannya berkata Islam sebagai agama
persekutuan adalah penting tetapi mendakwa bahawa pentadbiran sebelum ini (BN)
yang menyalahgunakan agama dan bangsa.
"Apabila kita berkuasa, kita menolak menjadi kerajaan
yang menggunakan dan mengeksploitasi agama dan kaum untuk tujuan politik. Jadi
atas sebab itu sekarang, kita mencadangkan atau cuba menganjurkan Islam sebagai
agama yang progresif.
"Dan sekarang, adalah naratif baru Islam di Malaysia
dengan kerajaan baru, dengan apa yang kita sebut Islam yang penuh kasih sayang,
yang kita harap akan mencetuskan perpaduan negara," katanya dan bersetuju
bahawa ini agak mencabar bagi pentadbiran baru itu. - Malaysiakini
Mujahid dilapor ‘berasap’ di Hardtalk BBC
Reviewed by Me
on
22:08
Rating:

No comments: