Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 Nov untuk
mendengar permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas wang RM1 juta
daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang didakwa berkaitan dengan
skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Loading...
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh
menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim
memohon satu tarikh baharu untuk pendengaran.
“Ini kerana Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes
ini terlibat dengan arahan pertukaran,” katanya semasa sebutan kes itu yang
turut dihadiri peguam K.Lavinia yang mewakili PBRS yang merupakan responden
manakala pendakwaan selaku pemohon dalam permohonan lucut hak itu.
loading...
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Latheefa Koya pada sidang akhbarnya sebelum ini berkata, permohonan
perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula
dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Latheefa berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) di
mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank
bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama
Skandal 1MDB: pendengaran lucut wang RM1 juta Parti Bersatu Rakyat Sabah 28 Nov
Reviewed by Me
on
19:53
Rating:

No comments: