“Itu bossmu, bukan bossku.” Demikian jawapan sinis Timbalan
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika
mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein
berkaitan kes melibatkan bekas perdana menteri.
Hishammuddin pagi tadi menegaskan Datuk Seri Najib Razak
membuat keputusan tepat dan berani selepas memutuskan untuk membuat kenyataan
bersumpah di mahkamah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.
Loading...
Menurut Mohamed Azmin, bukanlah perkara biasa untuk bekas
Naib Presiden UMNO itu menyokong bekas presidennya.
“Itu pandangan seorang ahli kepada presidennya, biarlah.
“Itu bukan presiden saya, itu bossmu, bukan bossku,” katanya
ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Najib diperintah untuk membela diri terhadap tujuh
tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram
melibatkan sejumlah dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd
oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
loading...
Dalam perkembangan lain Ahli Parlimen Gombak itu menyangkal
dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang mendakwa
wujudnya campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kes Ahli
Parlimen Pekan itu.
“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berpegang kepada konsep 'rule
of law' dan pihak eksekutif tidak pernah mencampuri urusan atau persidangan
dalam mahkamah.
“Kita harus menghormati keputusan mahkamah dan sesiapa yang
dipanggil membela diri, mereka masih mempunyai ruang untuk membela diri dan ini
adalah proses yang harus dilalui semua pihak,” katanya.
Bahkan beliau menegaskan pernah melalui proses sama selama
puluhan tahun.
“Saya melalui proses yang sama puluhan tahun tapi biarlah
mahkamah tentukan orang itu bersalah atau tidak, bukan pencacai seperti yang
disebut itu yang cuba menghukum perdana menteri.
“Perdana menteri berpegang kepada prinsip 'rule of law',
kita tak mencampuri urusan mahkamah. Sebab itu kalau mahkamah nak tangguh
sidang, lewatkan sidang atas macam-macam alasan dibuat tertuduh, itu terpulang
ke mahkamah.
“Kita tak pernah mencampuri urusan itu,” katanya.
'Itu bossmu, bukan bossku', sindir Azmin
Reviewed by Me
on
19:33
Rating:
No comments: