Hishamuddin percaya Dr Mahathir tak campur tangan kes Najib


Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein percaya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak campur tangan dalam kes mahkamah terhadap sepupunya, Najib Razak yang juga bekas perdana menteri.

Loading...
Beliau juga menegaskan pihak pengkritik telah menuduh pemimpin BN ketika berkuasa turut melakukan perkara sama sebelum ini.


"Saya tidak fikir begitu.

"Kami (BN) juga dituduh macam itu masa kami menjadi kerajaan... Akhirnya, institusi kehakiman mesti mempertahankan maruah, kredibiliti dan integriti mahkamah itu sendiri.

loading...
"Itu banyak bergantung bagaimana perjalanan kes ini pada masa akan datang itu penting.

"(Ia) bukan tentang spekulasi siapa mempengaruhi siapa tetapi proses mahkamah akan menentukan integriti pada masa depan," kata Hishammuddin kepada pemberita di parlimen hari ini seperti dilapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam yang mendakwa Najib akan bebas jika tiada sebarang campur tangan daripada Mahathir.

Lokman membuat dakwaan tersebut selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengarahkan Najib membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).
Hishamuddin percaya Dr Mahathir tak campur tangan kes Najib Hishamuddin percaya Dr Mahathir tak campur tangan kes Najib Reviewed by Me on 05:19 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.