Kerajaan terpaksa membayar hampir RM14 bilion untuk faedah
bagi hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga tahun depan, kata
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.
Loading...
Beliau berkata jumlah pembayaran faedah 1MDB itu sepatutnya
dapat digunakan untuk pelbagai program bagi manfaat rakyat.
"Kita berharap tidak lagi berlaku (tindakan
menyeleweng) kepada mereka yang diberikan amanah untuk mentadbir negara,"
katanya pada sesi ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Kedutaan Besar
Malaysia di Jakarta, Isnin malam.
loading...
"Setakat ini, kita hanya membayar faedah hutang 1MDB,
(hutang) pokoknya yang berjumlah RM36 bilion, masih belum dibayar,"
katanya.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini berkata kerajaan
mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang
1MDB itu.
-- BERNAMA
Kerajaan bayar faedah hutang 1MDB hampir RM14 bilion sehingga tahun depan
Reviewed by Me
on
05:07
Rating:
No comments: