Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita RM4.9 juta daripada
Yayasan Permata Malaysia dalam saman tuntutan pelucuthakan 1MDB.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas
Dr Noraishah Spahat dari Yayasan Genius (Yayasan Permata yang dikenali
sekarang) tiada membuat bantahan ke atas saman pelucuthakan berkenaan.
Loading...
Pada 21 Jun, SPRM memfailkan saman sivil untuk merampas
RM270 juta daripada 41 individu dan entiti, lapor Malaysiakini.
Yayasan Permata adalah salah satu daripada responden yang
dinamakan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata wang berkenaan
diagihkan kepada responden dari akaun peribadi AmBank milik bekas perdana
menteri, Najib Razak.
Mahkamah benarkan SPRM sita RM4.9 juta dari Yayasan Permata
Reviewed by Faceless
on
22:18
Rating:
No comments: