Foto Kosmo! Online
KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan akan
membantu menyelesaikan baki pembiayaan kereta milik anggota bomba Allahyarham
Muhammad Adib Mohd Kassim.
Loading...
BSN dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan atas dasar
tanggungjawab sosial korporat, institusi kewangan itu mahu membantu meringankan
beban keluarga anggota bomba itu.
"Allahyarham baru sahaja membeli kereta dengan pembiayaan
BSN. Kereta itu disimpan di kampungnya untuk kegunaan selepas berkahwin,"
menurut kenyataan itu.
Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota Unit
Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang
Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lepas
selepas dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang
Jaya, Selangor pada 27 November lalu.
Jenazah Muhammad Adib dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira pukul 1.45
tengah hari Selasa lepas. - Bernama
BSN selesaikan baki pembiayaan kereta Adib
Reviewed by Faceless
on
18:13
Rating:
Reviewed by Faceless
on
18:13
Rating:

No comments: