PM Tun Mahathir gurau mahu bersara selepas gambar dilelong RM500 ribu

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Stanley Thai bergambar bersama potret beliau pada hari pertama bertugas sebagai Perdana Menteri. — Foto Bernama

PUTRAJAYA, 10 Dis — Gambar yang dirakam pada sidang media pertama pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei lalu, dilelong pada harga RM500,000.

Loading...
Gambar tersebut dirakam sehari selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan ia dibeli oleh seorang pembida tempatan selepas bidaan dibuka pada harga RM100,000.

Sebanyak enam keping gambar pemimpin PH berjaya dilelong dengan jumlah RM1.22 juta pada Majlis Makan Malam Amal PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini malam tadi.

Selain Perdana Menteri, gambar yang ditandatangani lima lagi pemimpin PH termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dibeli seorang pembida tempatan, Gan Yu Chai, pada harga RM150,000 selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM100,000.

Dr Mahathir, dalam ucapannya pada majlis itu, berkata tidak menyangka gambar-gambar tersebut dapat dibida dengan nilai mencecah ratusan ribu Ringgit.

“Oleh itu itu saya nak berhenti kerja. Saya ambil gambar saya nak jual sahaja,” katanya secara berseloroh.

Mengucapkan penghargaan kepada semua penderma dan pembida pada majlis itu, Dr Mahathir bagaimanapun menegaskan tiada keistimewaan akan diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

Tiga gambar lain yang dilelong adalah gambar tiga Timbalan Presiden PH iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada harga RM110,000, Lim Guan Eng (RM100,000) dan Mohamad Sabu (RM10,000).

Kesemua gambar tersebut ditandatangi oleh pemimpin-pemimpin terbabit .— Bernama
PM Tun Mahathir gurau mahu bersara selepas gambar dilelong RM500 ribu PM Tun Mahathir gurau mahu bersara selepas gambar dilelong RM500 ribu Reviewed by Me on 20:16 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.