KUALA LUMPUR — Pengguna Kelas 1 Projek Lebuhraya
Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan menikmati diskaun
tol 10 peratus Selasa ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
PLUS dalam kenyataan hari ini berkata pemberian diskaun itu
berkuat kuasa dari 12 tengah malam hingga 11.59 malam Selasa.
Loading...
“Diskaun ini diberi kepada pengguna Kelas 1 ketika membayar
atau melakukan transaksi bayaran tol di PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan;
Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE); Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH);
Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE); Lebuhraya Laluan Kedua
Malaysia-Singapura (Linkedua); Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); Jambatan
Pulau Pinang; dan LPT2.
“Bagaimanapun, diskaun itu tidak diberikan untuk transaksi
tol di Plaza Tol Tanjung Kupang dan pengguna jalan raya di Jambatan Pulau Pinang
yang telah menikmati diskaun tol 20 peratus,” kata kenyataan itu. — Bernama
Diskaun tol 10 peratus Plus, LPT2 sempena Tahun Baru Cina
Reviewed by Faceless
on
23:13
Rating:
![Diskaun tol 10 peratus Plus, LPT2 sempena Tahun Baru Cina](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8nE0NQv6HTXKqyvrmGfNCHsEoyS_4RBuUWZaYlkI-xNGjrCb5tXz25ScTa-QoTZEStdBQdNHq9gdYlR0GLiPYKos7eryr55poZl3kU9sNLFI7-U0-NUuasmCOBfySZrs95mh6HMWHfiLA/s72-c/tollconcessionaires.jpg)
No comments: