Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) hari ini
merakamkan penghargaannya kepada kerajaan Malaysia serta Kementerian Belia dan
Sukan di atas sokongan padu terhadap Palestin dengan mengharamkan atlet Israel
memasuki Malaysia.
Penghargaan itu disampaikan dalam satu pertemuan antara
delegasi PCOM yang diketuai pengerusinya Muslim Imran dengan Timbalan Menteri
Belia dan Sukan, Steven Sim di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa.
Loading...
Menurut kenyataan PCOM, dalam ucapannya timbalan menteri itu
berkata perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan kemanusiaan untuk
mendapatkan kebebasan, yang mana semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar
belakang seharusnya memberikan sokongan padu.
Beliau juga mahu lebih banyak komunikasi antara rakyat dan
institusi di kedua-dua negara demi kepentingan bersama.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 10 Januari
dilaporkan berkata, kerajaan tegas dengan pendirian tidak membenarkan atlet
Israel menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak dari 29
Julai hingga 4 Ogos.
Pada Ahad, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa melucutkan
hak Malaysia sebagai tuan rumah kerana Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal
memberi jaminan atlet Israel boleh menyertai kejohonan itu.
-Bernama
NGO Palestin hargai sokongan Malaysia
Reviewed by Faceless
on
01:17
Rating:
![NGO Palestin hargai sokongan Malaysia](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2qxL9LG7UdveLOulwh-z4SL_immJzR4DQNSCMcxDwF6IKg6YZFd1hWZfbE3rjVWX8voNQdINGt5_nS_bBmuYMfqd0onlWMVMObDPOLfDPFecS6eBkxV8N5T7NlFsyf0DdDxEISCKBnIjf/s72-c/ngo+palestin.jpeg)
No comments: