Isu survival Bersatu, parti politik termuda di negara pernah menjadi tanda tanya di awal penubuhannya dengan ada yang beranggapan ia akan terkubur dengan sendiri selepas pilihan raya umum (PRU) ke 14.
Loading...
Berlatarkan kepada pertumbuhan parti-parti politik seperti cendawan selepas hujan menjelang PRU 14, rasa tidak puas hati rakyat terhadap parti pemerintah BN serta para pemimpinnya dan perpecahan dalam landskap politik Melayu lahirlah Bersatu pada September 2016.
Andaian riwayatnya singkat bagaimanapun meleset dengan parti yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Muhyiddin Yassin sebagai Presidennya apabila Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat untuk memerintah pada tanggal 9 Mei 2018.
Penganalisis Politik dan Perundangan dari Universiti Malaysia Kelantan Prof Abdul Halim Sidek yang pernah meramalkan tempoh hayat terhad bagi parti itu berkata, kemenangan PH pada PRU14 sudah tentu membawa perubahan besar dalam soal survival pada masa hadapan.
Katanya, Bersatu berubah daripada sebelum ini yang hanya dianggap sebagai sebuah parti 'splinter' kepada sebuah parti yang meneraju kerajaan iaitu Umno, kepada sebuah parti pemerintah, satu perubahan besar.
"Pengerusinya pun diangkat menjadi perdana menteri, mereka dalam kerajaan dan ada 'advantage', sebab kementerian-kementerian utama pun ada yang dipegang anggotanya, jadi ini meningkatkan lagi 'appeal' mereka kepada rakyat," katanya.
Abdul Halim menegaskan sekiranya PH tewas pada PRU 14, laluan survival bagi parti itu pasti sukar.
Walaupun menyifatkan Bersatu berada pada landasan yang baik kini untuk terus berkembang, beliau mengingatkan bahawa ia bukan satu-satunya parti alternatif Melayu, selain Umno yang masih mempunyai sokongan akar umbi yang kuat, walaupun banyak pemimpinnya meninggalkan parti.
Menuju ke hadapan, katanya Bersatu perlu terus kuatkan struktur dalaman parti dan menambah keanggotaan.
Bersatu perlu ingat walaupun pengerusinya diangkat sebagai perdana menteri, mereka tetap parti komponen PH dengan bilangan kerusi Parlimen terendah, iaitu 16 kerusi, katanya.
"Dalam menghadapi PRU 15 (pilihan raya umum ke 15), Bersatu harus betul-betul bangkit. For now, it's too early to tell (survival Bersatu)," katanya. - Bernama
Sejauh mana survival Bersatu?
Reviewed by Me
on
20:44
Rating:
No comments: