PUTRAJAYA — Profesor Madya Dr Azmi Sharom,
pensyarah undang-undang Universiti Malaya, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu, demikian umum Ketua Setiausaha Negara
Datuk Seri Dr Ismail Bakar.
Ismail dalam satu kenyataan hari ini turut mengumumkan
pelantikan empat anggota SPR yang baharu.
Loading...
Mereka ialah Datuk Seri Ramlan Ibrahim, bekas Ketua
Setiausaha Kementerian Luar; Datuk Chin Phaik Yoong, bekas Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Manusia; Profesor Madya Dr Faisal S. Hazis, Felo Kanan, Institut
Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia; dan
Zoe Randhawa, BERSIH 2.0 Resource Person.
Ismail berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdasarkan Fasal (1) Perkara 114
Perlembagaan Persekutuan telah memperkenankan pelantikan itu.
“Pelantikan-pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai tarikh
mereka melaporkan diri sebagai anggota SPR sehingga mencapai usia 66 tahun
selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood terdahulu
bersama lima anggota SPR memutuskan memendekkan tempoh perkhidmatan
masing-masing berkuat kuasa 1 Januari lepas.
Mereka adalah Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz
Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk Leo Chong Cheong dan Datuk Bala Singam
Karupiah. — Bernama
Azmi Sharom dilantik timbalan pengerusi SPR
Reviewed by Faceless
on
22:32
Rating:
Reviewed by Faceless
on
22:32
Rating:

No comments: